Northport Online
(146850-A)

SITEMAP/FEEDBACK/FAQ’s/POLICY/DISCLAIMER

Pembaca Utusan Malaysia mula tebus tiket
Waterworld@ i-City

MOHD. Azmi Mohd. Anis menyerahkan mork up tajaan kepada Nur Shafina Redzuan sempena Karnival Riuh Sakan @i-city Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia di Kuala Lumpur, baru-haru ini. Turut kelihatan Azlan Naim Abdullah (kanan). —UTUSAN/SYEFRY MONIZ

KUALA LUMPUR 10 Mac - Pembaca setia Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia kini boleh menebus dua keping tiket masuk percuma ke Waterworld@i-City mulai hari ini sehingga 19 Mac sempena Karnival Riuh Sakan yang akan diadakan di i-City, Shah Alam pada 22 dan 23 Mac ini.


Penolong Pengurus Komunikasi Korporat Utusan Melayu (M) Berhad, Nik Anura Nik Abdul Rahman berkata, penukaran tiket boleh dibuat mulai dari pukul 10 pagi hingga 5 petang di Ibu Pejabat Utusan Malaysia dan di Pejabat Pemasaran di cawangan Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang pada hari bekerja.


“Tiket berkenaan boleh dituntut sehingga 19 Mac ini selagi tiket masih ada. Malah, orang ramai boleh menghubungi talian O3-92324437/4438 untuk maklumat lanjut,” katanya di sini hari ini.


Kelmarin, wakil Northport (Malaysia) Berhad, Mohd. Azmi Mohd. Anis menyerahkan tajaan berjumlah RM8,000 kepada Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan Urusan, Nur Shafina Redzuan.


Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Utusan Karya Berhad, Azlan Naim Abdullah.


Dalam pada itu, beliau berkata, mereka yang berminat untuk menyertai karnival berkenaan, masih boleh berbuat demikian dengan membawa 10 kepala dua akhbar itu bertarikh 24 Februari hingga 19 Mac ini untuk ditukarkan dengan dua keping tiket bernilai RM70 bagi membolehkan mereka masuk percuma ke Waterwor1d@i-City.


“Jangan lepaskan peluang beriadah sambil berhibur bersama artis-artis terkenal selain menyertai pelbagai aktiviti yang dirancang selain berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dalam cabutan bertuah,” jelasnya.


Tambahnya, anak syarikat Kumpulan Utusan, Utusan Karya turut akan mengadakan beberapa aktiviti seperti Mini Studio, mencari harta karun bagi kategori kanak-kanak dan Musical Science Infinity dalam karnival tersebut.


“Pengunjung juga diminta tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi gerai lelongan buku dan majalah terbitan Kumpulan Utusan pada karnival tersebut,” katanya.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share via e-mail
Share on Facebook
Share on Twitter
Share via e-mail

Sumber: Utusan Malaysia

Isnin, 11 Mac 2014

Previous | Next

Previous | Next

2011 2012 2013 News
Media Centre - News & Announcements