Northport Online
(146850-A)

SITEMAP/FEEDBACK/FAQ’s/POLICY/DISCLAIMER

Kerajaan kaji bina pelabuhan ketiga

AB. Aziz (kanan) diiringi Abi Sofian dan Ahmad Sarji (belakang) meninjau Dermaga 8A di Pelabuhan Klang semalam.

PELABUHAN KLANG - Kerajaan sedang mengkaji untuk membina terminal pelabuhan ketiga di Pelabuhan Klang di sini bagi memenuhi perruintaan perdagangan antarabangsa yang semakin berkembang pesat.


Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, kajian tersebut dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan.


“Setakat ini kita sedang mengkaji kesesuaian antara dua lokasi yang telah dikenalpasti di sekitar Pelabuhan Klang bagi pembinaan terminal ketiga ini.


“Terminal baharu ini disasarkan mampu mengendalikan kontena sebanyak 30 juta TEU (unit bersamaan 20 kaki) setahun," katanya selepas merasmikan dermaga baharu, Dermaga 8A di Pelabuhan Utara kendalian Northport (Malaysia) Berhad di sini semalam.


Turut hadir Pengerusi NCB Holdings Berhad, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi Northport, Tan Sri Wan Abdul Rahman Wan Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Abi Sofian Abdul Hamid.


Ab. Aziz berkata, buat masa ini, Pelabuhan Klang mempunyai dua terminal pelabuhan iaitu Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat yang mengendalikan kontena purata 10 juta TEU setahun.


Menurut beliau, Pelabuhan Klang kini merupakan pelabuhan ke-12 tersibuk di dunia yang merupakan hab pengendalian kontena terbesar di negara ini.


Dalam perkembangan sama, Ab. Aziz memuji langkah pengurusan Pelabuhan Utara, Northport melancarkan Dermaga 8A yang dilengkapi kren termoden yang mampu mengendalikan kontena dari kapal dagang setinggi 17meter.


“Dermaga baharu dengan kos RM350 juta ini mampu mengendalikan tambahan kontena sebanyak 600,000 TEU. Buat masa ini, Pelabuhan Utara mengendalikan kontena sebanyak lima juta TEU setahun.


“Saya juga mengesyorkan kesemua pelabuhan di negara ini turut menaik taraf kemudahan agar lebih kompetitif supaya mampu bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan milik negara jiran," katanya.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share via e-mail
Share on Facebook
Share on Twitter
Share via e-mail

Sumber: Kosmo

Selasa, 25 Februari 2014

Previous | Next

Previous | Next

2011 2012 2013 News
Media Centre - News & Announcements